LIVE GOLD CHART

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Gold Price in Malaysian Ringgits

                MYR Per Gram

 
Shopping Cart
0 items
 
Web Visitor

free counters

 

Tentang Kami

AUE Creation memberikan perkhidmatan dalam urus niaga berkaitan emas dan perak. Kami telah terlibat dalam industri ini sejak tahun 2010 dengan nama ‘alat uji emas’.

AUE Creation mempunyai kepakaran dalam ujian mengenalpasti logam emas dan perak serta mengenalpasti ketulenannya. Kami memberikan sokongan teknikal dan khidmat audit atau sebagai penilai bebas bagi syarikat-syarikat serta induvidu dalam urusniaga emas dan perak.

AUE Creation juga membekal peralatan ujian emas dan perak, pelanggan boleh memilih kaedah ujian yang sesuai dengan keperluan mereka. Kami juga memberikan khidmat sokongan teknikal dan latihan penggunaan produk kepada pelanggan.

Khidmat latihan, nasihat teknikal dan kursus juga dibuat oleh
AUE Creation, latihan dan kursus merangkumi kaedah urus niaga emas dan perak, ujian dan mengenalpasti ketulenan emas dan perak dan proses penulenan emas dan perak. Kursus dan latihan boleh dibuat di tempat kami atau di tempat pelanggan. Kursus dan latihan dijalankan secara praktikal.

Kepakaran utama
AUE Creation dalam industri emas dan perak ini adalah di dalam bidang penulenan (refinery) emas dan perak. Pengalaman teknikal kami mampu menghasilkan emas dan perak bermutu tinggi sehingga ketulenan 99.99%. Setiap hasil penulenan kami diuji dan disahkan oleh assayer bebas.